Pengarah terharu Tengku Permaisuri Selangor selit karya 'Prebet Sapu' di pentas konvo UiTM


  • Tular
  • Jumaat, 17 Jun 2022

Kali terakhir Norashikin tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016. — Twitter

CANSELOR Universiti Teknologi MARA (UiTM), Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mewasalkan pemasyhuran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu.

Sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di Shah Alam, Selangor, Tengku Permaisuri dalam titah ucapannya telah menarik perhatian ramai dengan gaya penyampaian yang begitu sedap didengar sekali gus mengimbau saat ketika bertugas sebagai pembaca berita.

Ucapan yang disampaikan oleh baginda bukan sahaja menarik perhatian ramai di media sosial, malah pengarah filem Prebet Sapu turut terkedu apabila karya itu turut mendapat kredit.

Graduan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM, Muzzamer Rahman lantas mengucapakan terima kasih kepada Tengku Permaisuri Selangor di laman Twitter miliknya.

WhatsApp Image 2022-06-17 at 1.53.16 PM

Ciapan Muzzamer di Twitter. Twitter

"Saya tak pernah menyangka ini. Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Norashikin menyebut tentang Prebet Sapu ketika istiadat konvokesyen UiTM.

"Terima kasih warga FSP, TEKA, FiTA dan sekarang KPSK UiTM yang menjadi ruang asas saya bertapak," tulisnya.

Prebet Sapu ialah sebuah filem mengisahkan seorang pemandu e-hailing haram bernama Aman yang buta warna, pengalamannya memandu penumpang di malam hari di Kuala Lumpur, dan persahabatan dengan pelanggannya, Bella.

PREBET-SAPU

Prebet Sapu sebelum ini mengembara mengelilingi dunia ke beberapa festival filem. Agensi

Filem tersebut pernah dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac lalu.

Prebet Sapu sebelum ini mengembara mengelilingi dunia ke beberapa festival filem antaranya Udine Far East Film Festival, Itali, Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) Indonesia, Toronto Reel Asian Film Festival, Kanada, Asian Film Festival Barcelona, Sepanyol dan Innovative International Film Festival di India.

Manakala di ruangan komen ciapan itu pula, pengguna media sosial memuji dan terpesona dengan cara penyampian Norashikin semasa memberikan ucapan di istiadat konvokesyen UiTM itu.

"Banyak kali 'play' video itu, sebab sedap Tengku Permaisuri baca," kata @Yipaaahhh.

"Bila dah pernah jadi pembaca berita, selamanya pembaca cerita, sedap dengar kata-kata ucapan itu, hebat Tengku Permaisuri," ujar @Luxent.

"Memang best dengar sebab Tengku Permaisuri bekas pembaca berita, dia punya feel rasa macam nak umumkan anuger," jelas @Akmalmukhtar.

Norashikin dalam

Orang ramai memuji dan terpesona dengan cara penyampian Norashikin semasa memberikan ucapan. Facebook

Kali terakhir Norashikin tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu. Sepanjang karier beliau sebagai pembaca berita, Norashikin pernah merangkul beberapa anugerah penyampai terbaik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram