Saintis sahkan ada sumber air dalam batu di bulan


  • Benua
  • Jumaat, 17 Jun 2022

Kapal angkasa pendaratan itu menggunakan instrumen di atas kapal untuk mengambil beberapa ukuran saintifik termasuk pantulan spektrum batu bulan. — Agensi

TANDA-TANDA bahawa air boleh hadir dari dalam batu di bulan berjaya disahkan oleh saintis-saintis China yang melakukan ujian itu di bumi.

Para saintis itu membuat pengesahan melalui artikel yang ditulis mereka dalam majalah Nature Communications dan diterbitkan pada minggu ini.

Saintis-saintis itu melakukan ujian berdasarkan kepada batu-batu dan tanah yang diambil oleh kapal angkasa Chang'e 5 yang mendarat di bulan pada Disember 2020.

Liu Jianjun dari Balai Cerap Astronomi Negara di Beijing berkata, peralatan Chang'e 5 mengukur kehadiran hidroksil yang juga penunjuk tentang kehadiran air.

"Dalam memproses dan mentafsir data, kami mempertimbangkan pelbagai faktor yang mungkin mempengaruhi pengukuran kami, seperti suhu permukaan bulan dan pengaruh masa nyata daripada matahari," kata Jianjung iaitu pengarang utama artikel tersebut.

Terdahulu, Kapal angkasa pendaratan China, Chang'e-5 berjaya mengesan tanda-tanda kewujudan air di dalam batu dan tanah di bulan, dakwa saintis-saintis negara itu.

Ia yang tiba di bulan pada 1 Disember 2020 dan mempunyai misi untuk mengembalikan sampel batu dan tanah ke bumi.

Semasa di bulan, kapal angkasa pendaratan itu menggunakan instrumen di atas kapal untuk mengambil beberapa ukuran saintifik termasuk pantulan spektrum batu bulan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bulan, Saintis, China, Air, Batu, Angkasawan, Kajian