SEORANG lelaki bertindak menghalang laluan jalan raya dan enggan mengalihkan kenderaannya meskipun pemandu lain sudah membunyikan hon.
Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kuchai Lama di ibu negara sekitar tengah hari, Rabu.
Menerusi rakaman video tular, lelaki berkemeja-T biru dan berseluar hitam keluar dari kereta jenis Mercedes-Benz C-Class hitam didapati telah memasuki laluan sehala.
Tanpa menghiraukan kesesakan lalu lintas akibat kesilapannya, lelaki yang kelihatan sudah berusia itu tetap berdegil dan mendesak agar diberikan laluan.
Dalam keadaan marah, suspek menunjukkan isyarat lucah serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu Perodua Axia berwarna kelabu yang dipandu seorang wanita.
Berang permintaannya supaya pemandu Perodua Viva mengalihkan kenderaan, lelaki yang memandu kereta mewah itu telah bertindak melepaskan kemarahan dengan menumbuk cermin kereta mangsa.
Malahan, ia mengakibatkan pertengkaran berlaku antara kedua-duanya, namun wanita terbabit masih kekal berada di dalam kereta.
Setelah beberapa kali percubaan meminta agar beberapa buah kenderaan lain memberinya lalu, akhirnya lelaki berkenaan mengalah dan memilih untuk mengundurkan keretanya.
Sekali lagi pemandu terbabit menghalang laluan jalan lintar kenderaan lain. — Facebook
Bagaimanapun, drama 'kereta kayangan' itu tidak berakhir begitu sahaja apabila sekali lagi membuat kekecohan dengan menghalang laluan kenderaan lain.
Selepas beberapa minit kenderaan yang terhalang membunyikan hon, baharulah pemandu kenderaan mewah itu tanpa rasa bersalah tampil memohon maaf.
Video berdurasi empat minit 13 saat itu juga mengundang rasa marah dalam kalangan warganet.
"Pakai kereta mewah, tetapi pemilik.
"Semua sekat kenderaannya dan panggil polis. Kita lihat macam mana keadaannya nanti," komen pengguna media sosial Facebook. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram