SEORANG warga emas ditemui mati dalam parit berhampiran rumahnya selepas dilaporkan hilang pada Sabtu.
Mangsa dikenal pasti sebagai Masriah Saaludin yang berusia 76 tahun.
Ketika dihubungi pada Ahad, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 200 meter dari kediamannya di Kampung Tebuk Berihun, Sabak Bernam, Selangor.
"Mangsa dilaporkan hilang dari rumahnya semalam. Mayatnya telah diambil dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram