Suspek khianat kubur di Bagan Serai tinggal berdekatan, motif masih disiasat


  • 112
  • Isnin, 13 Jun 2022

Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan Kampung Jaya Semanggol. — Facebook

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan Kampung Jaya Semanggol, Bagan Serai, Perak yang videonya tular di media sosial.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan hasil maklumat awam sekitar pukul 9 pagi pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, video berdurasi satu minit 21 saat itu telah dikesan dimuat naik dalam media sosial pada Rabu.

Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan tersebut.

"Hasil siasatan dan semakan video itu mendapati suspek tinggal berdekatan kawasan itu.

"Lelaki itu telah ditahan bagi siasatan lanjut," katanya pada Isnin.

Video yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan. — Facebook

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan," tambahnya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram