Empat maut, seorang parah nahas 2 Proton Wira di NKVE


  • 112
  • Sabtu, 11 Jun 2022

Empat maut manakala seorang parah dalam kemalangan melibatkan dua buah Proton Wira di NKVE, awal pagi Sabtu. — Ihsan bomba

SERAMAI empat mangsa maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di susur keluar 104, Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) menghala Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada awal pagi Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama anggota dan pegawai dari Balai Bomba Kota Anggerik dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.11 pagi.

"Dilaporkan kemalangan melibatkan sebuah Proton Wira Aeroback berlanggar dengan sebuah Proton Wira jenis sedan.

1802734

Pasukan penyelamat ketika menjalankan kerja-kerja membawa keluar mangsa dari kemalangan. — Ihsan bomba

"Lima mangsa terlibat, empat orang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Norazam berkata, mangsa yang maut ialah Puvaaneshwaran Paranjhoti, 28, yang menaiki Wira Aeroback manakala Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31; Leong Man Yuen, 27, menaiki kereta Wira Sedan.

Katanya, Heng Chan Yee, 28, yang turut menaiki Wira Sedan dibawa ke Hospital Sungai Buloh berikutan kecederaan parah dialaminya dalam kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram