Suspek kejam letupkan beruang kini diburu


  • Berita
  • Jumaat, 10 Jun 2022

Rusia kini sedang dalam proses mendakwa pelombong-pelombong yang menggunakan bahan letupan untuk membunuh haiwan itu secara kejam. — Agensi

SEKUMPULAN pelombong meletupkan seekor beruang perang selepas ia diumpan dengan makanan di sebuah kawasan terpencil di Siberia.

Dalam satu video yang dirakamkan di kawasan itu, para pekerja membunuh binatang buas tersebut dengan mengumpankannya ke makanan yang dipasang dengan bom.

Beruang itu tertarik untuk mendekati makanan di lokasi sedemikian dan pelombong-pelombong memasang perangkap untuk menjerat haiwan tersebut.

Seorang lelaki di dalam video itu kedengaran bercakap ketika haiwan dewasa itu tertarik kepada makanan yang dipasang dengan bahan letupan tersebut.

Dalam video berkenaan, beberapa pelombong masing-masing mengulas tentang perbuatan beruang itu yang bertindak balas terhadap umpan makanan tersebut.

Pegawai di Yakutia iaitu wilayah paling sejuk di Rusia kini sedang dalam proses mendakwa pelombong-pelombong yang menggunakan bahan letupan untuk membunuh haiwan itu secara kejam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Siberia, Pelombong, Beruang, Rusia, Bom, Perangkap