Dituduh tawar pakej urut ‘special’, salun guna model seksi di Puchong terpaksa buat laporan polis


  • Tular
  • Rabu, 08 Jun 2022

Premis salun di Puchong itu hanya menawarkan khidmat gunting rambut biasa, bukannya pakej istimewa serta menggunakan pekerja seksi sepertimana yang tular di laman sosial. — Facebook

KEDAI gunting rambut lazimnya tempat orang ramai mendapatkan potongan rambut baharu atau untuk kelihatan cantik dan tampan bagi menjaga imej penampilan yang lebih ideal.

Kebanyakkan premis mengunting rambut mengunakkan model-model cantik untuk menggayakan potongan rambut bagi tujuan promosi dan rujukan buat pelangan-pelanggan yang hadir ke kedai salun.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial dipercayai memaparkan wanita berpakaian seksi didakwa menyediakan perkhidmatan menggunting rambut kepada lelaki di sebuah premis salun di Puchong, Selangor.

Gambar tersebut mendapat pelbagai kecaman daripada orang ramai di media sosial yang mana dianggap tidak sesuaian buat tontonan umum.

WhatsApp Image 2022-06-08 at 3.50.48 PM

Kenyataan yang dibuat oleh AJ Hair Studio pada Selasa. Facebook

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, AJ Hair Studio menerusi kenyataan di laman Facebook memuat naik satu laporan polis mendakwa terdapat individu menyalahgunakan gambar model mereka semasa majlis pembukaan salun itu pada Khamis (2 Jun).

Ujar salun berkenaan, kedai tersebut hanyalah tempat biasa yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut kepada orang ramai dan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pemilik salon mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Kedai kami hanya kedai gunting rambut biasa, dilarang mengambil gambar model kami dan sebarkan kepada kumpulan lain dan ubah keterangan bahawa kedai kami ada tawarkan perkhidmatan istimewa.

"Model itu hanya untuk majlis pembukaan salun sahaja. Jangan fikir yang tidak sepatutnya," tulisnya.

Gambar Dalam

Iklan gambar yang didakwa tidak menjaga sensitiviti agama dan merendahkan martabat kaum wanita. Facebook

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kesal dengan cara promosi yang dilakukan salun rambut itu kerana tidak menjaga sensitiviti agama dan merendahkan martabat kaum wanita.

"Teknik bisnes, cara promosi berkesan dengan percuma. Pelanggan Melayu, 'boss' dan pekerja amoi. Mereka dah lama rancang, kita sahaja lalai," jelas Athar Ali.

"Bagus penguatkuasa buat kerja, bukan ada sebuah sahaja, banyak lagi ada di Puchong itu. Antara tahu atau tidak sahaja rumah urut," kata Noraini Ropiae.

"Saya wakil isteri-isteri satu Malaysia amat menyukai berita ini, terima kasih pada yang viralkan semalam. Selamat menjalankan tugas tuan," tulis Pn Farah.

Terdahulu, gambar tersebut tular dan pada mulanya ramai menyangkakan perkhidmatan tersebut disediakan di negara jiran, Thailand.

Rentetan insiden itu, polis difahamkan telah menyerbu premis berkenaan pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram