Jiran sengaja letak tong sampah depan rumah sekat kereta lalu-lalang


  • Tular
  • Jumaat, 03 Jun 2022

Tangkap layar aksi jiran berkenaan yang meletakkan tong sampah di hadapan rumah.

HIDUP berjiran masing-masing perlu memberikan kesepakatan bagi menjamin kehidupan harmoni dan mewujudkan komuniti mesra dalam kawasan kejiranan.

Namun tidak dapat dinafikan demi mencapai kesepakatan dan keharmonian dalam kawasan kejiranan bukanlah hal yang mudah kerana pelbagai ragam jiran yang perlu dihadapi sama ada hidup di bandar ataupun di kampung.

Berbicara mengenai ragam jiran, seorang pengguna Facebook, Shakina Md Said meluahkan kekecewaan dan perasaan marahnya kerana terpaksa menghadap kerenah individu yang tidak bertimbang rasa di kawasan perumahannya.

Pengguna Facebook itu mendakwa bahawa jirannya di Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai, Melaka sengaja meletakkan tong sampah di hadapan rumah atas alasan tidak ingin sebarang kereta lalu-lalang di hadapan kediamannnya.

Rakaman video aksi jirang tidak bertimbang rasa itu.

"Aku dah berumur ini malaslah nak layan benda-benda bodoh ini.. tapi dah kau cakap nak viralkan jom kita viral sama-sama. Kes letak tong sampah depan rumah sebab tak nak kereta lalu lalang, ramai budak-budak memain katanya.

"Kereta depan itu sampai suruh anak dia turun alihkan ke tepi..ehh aku nak lalu dia tolak ke tengah balik..Kak oiii dah nama pun duduk taman tolak ansurlah sikit, kereta lalu lalang tu normal.

"Habis rumah mak aku kalau 44 orang anak buah aku balik berkumpul lorong belakang tu nak kena tutup jugak ke macam mana.. rumah mak mentua aku laluan orang pergi balik masjid nak kena tutup jugak ke apa.. dah 30-an ini tak pernah lagi jumpa spesis macam ini," luah wanita itu.

Luahan wanita itu membuatkan ramai warganet berasa bengang dengan sikap jiran tersebut dan mereka menyifatkannya sebagai seorang yang tidak mempunyai tolak ansur sesama manusia.

Malah, ada juga yang sempat berkongsi kisah mereka yang terpaksa berhadapan dengan jiran yang tidak mempunyai 'common sense' seperti karenah jiran suka buat bising sehingga menimbulkan pergaduhan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram