DBKL siap sedia kemungkinan banjir kilat di ibu kota hari ini


  • Primer
  • Rabu, 08 Jun 2022

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dijangka bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hari ini. — Facebook

KEBANYAKAN kawasan di sekitar Kuala Lumpur sedang mengalami hujan pada Rabu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kemas kini di Facebook, menasihati warga kota berhati-hati dan mematuhi arahan lalu lintas sewaktu pemanduan.

Menurut kenyataan itu, kakitangan DBKL bersama agensi berkaitan sedang berada di lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

banjir kl 2

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

banjir kl 3

METMalaysia menerusi kemas kini di Facebook rasminya memberitahu, Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan Kuala Lumpur dijangka mengalami hujan sehingga pukul 11 pagi.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata kenyataan itu yang dikeluarkan pada pukul 8.35 pagi Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram