Kes HFMD meningkat 32 kali ganda, Selangor paling tinggi


  • Primer
  • Selasa, 07 Jun 2022

Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri-negeri lain, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Kelantan dan Johor. — Agensi

TERDAPAT peningkatan 32 kali ganda bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bagi minggu epidemiologi (ME) 22/2022 pada 4 Jun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan mingguan, sejumlah 82,846 kes telah dilaporkan, berbanding tempoh sama tahun 2021, iaitu 2,485 kes.

Manakala berbanding pada tahun 2019 (sebelum pandemik Ccvid-19), 30,489 kes bagi tempoh yang sama pada tahun itu dengan peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda bagi ME 22/2022.

Sementara itu, kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME22/2022 sahaja adalah 16,954 kes, menurun sebanyak 9.3 peratus berbanding ME 21/2022 iaitu 18,688 kes.

Sehingga 4 Jun 2022, negeri Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri-negeri lain, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Kelantan dan Johor.

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 74,841 kes (90%), diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 6,520 kes (8%).

Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu seramai 1,485 kes (2%). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram