Bomba selamatkan warga emas pengsan di puncak Gunung Datuk


  • 112
  • Isnin, 06 Jun 2022

Bomba menjalankan operasi menyelamat lelaki berusia 57 tahun di Gunung Datuk. — Bomba

SEORANG lelaki berusia 57 tahun yang dilaporkan pengsan ketika menjalankan aktiviti mendaki di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau, dekat Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin diselamatkan bomba petang Isnin.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Mohd Nazir Yusof berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Kota serta balai bomba bantuan termasuk BBP Rembau dan BBP Tampin dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.18 pagi.

"Mangsa dijumpai separuh sedar di puncak gunung tersebut dan bomba berjaya menurunkannya ke kaki gunung dengan menggunakan 'sked stretcher’ pada pukul 7.42 malam dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan dan tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, semasa perjalanan ke kaki gunung pihaknya turut menyelamatkan seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun yang mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa turun menggunakan 'bucket stretcher'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bomba, selamat, lelaki, pengsan, gunung datuk, rembau