DUA orang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul dan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di Julau, Sibu, Sarawak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Julau, Superintenden Andam Sulin berkata, pada 5 Jun ibu mangsa membuat laporan polis mendakwa dua lelaki berkenaan telah mencabul dan merogol anak perempuannya yang juga merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU).
Jenayah itu berlaku kira-kira pukul 6.45 petang pada 4 Jun lalu.
Wanita itu berkata, seorang daripada suspek adalah warga asing manakala seorang lagi bapa tiri mangsa.
“Kami menahan dua suspek berusia lingkungan 50-an pada hari sama susulan laporan ibu mangsa,” katanya.
Andam berkata, Mahkamah Majistret Sarikei meluluskan perintah reman tujuh hari ke atas kedua-dua suspek di lokap polis.
Kes disiasat di bawah seksyen 376 dan 376B Kanun Keseksaan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
