Dua lelaki selisih faham bergaduh di PJ, video tular jadi bukti


  • 112
  • Rabu, 01 Jun 2022

Tangkap layar video insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki di tepi Jalan Gasing yang tular di media sosial sejak Isnin. — Facebook

SATU video tular di media sosial memaparkan aksi dua lelaki bergaduh di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua individu tersebut telah tampil membuat laporan polis pada pukul 6.31 petang Isnin.

“Siasatan awal mendapati wujud perselisihan faham antara kedua-dua lelaki itu yang dicetuskan oleh salah seorang daripada mereka yang mula memarahi dan menampar seorang lagi lelaki, seperti dilihat dalam video itu,” kata Fakhrudin.

Video pergaduhan dua lelaki yang tular di media sosial pada Selasa.

"Lelaki yang ditampar itu kemudiannya cuba melawan dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Polis Petaling Jaya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melibatkan pergaduhan,” tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram