Tewas tapi Hans Isaac ikrar bantu penduduk Ampang


  • Politik
  • Selasa, 31 Mei 2022

Hans Isaac (kiri) dan Altimet, gagal dalam usaha mereka untuk memenangi jawatan ketua bahagian PKR Ampang dalam pemilihan parti baru-baru ini.

WALAUPUN gagal memenangi pertandingan jawatan ketua bahagian PKR Ampang, selebriti, Datuk Hans Isaac berkata, dia akan meneruskan khidmat untuk penduduk di Ampang, Selangor.

Dia berkata, pasukannya yang dikenali sebagai 'Kita Budak Ampang' akan terus menghulurkan bantuan di kawasan itu.

"Pasukan kami dari akar umbi dan pejabat saya akan terus menyokong dan mengambil bahagian apabila diperlukan. (Apa yang kami lakukan) memang untuk rakyat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Hans Isaac berkata, pasukannya mahu menunjukkan contoh kepada individu dan organisasi lain untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Malah kami belajar daripada banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan lain yang mempunyai hala tuju sama dengan kami,” katanya.

Hans Isaac yang telah menetap di Ampang selama lebih 40 tahun berkata, dia telah menawarkan lebih 250 program tanggungjawab sosial korporat dalam tempoh dua tahun lepas.

Selain Hans Isaac, penyanyi rap, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, juga dikenali sebagai Altimet, gagal dalam usaha mereka untuk memenangi jawatan ketua bahagian Ampang dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Menurut laman web rasmi pemilihan PKR, kedua-duanya berjaya memperoleh 609 dan 589 undi, tewas kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang memperoleh 942 undi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram