PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan sekarang jika kerajaan terus dikecam oleh ahli parlimen yang ingin menjadi perdana menteri.
Azmi Hassan, felo kanan di Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digantikan oleh seseorang yang mendapat sokongan lebih 111 Ahli Parlimen, perkara itu tidak akan menjamin kestabilan politik di negara ini.