Lelaki acu pisau tak puas hati tindakan pekerja kedai kopi, mujur tiba-tiba muncul hero


  • Tular
  • Selasa, 31 Mei 2022

Seorang lelaki mengugut menggunakan pisau apabila didakwa tidak berpuas hati bila diabaikan oleh pekerja kedai kopi. — TikTok

TULAR sebuah video di TikTok berkaitan kejadian seorang lelaki mengugut menggunakan pisau selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja sebuah kedai kopi dipercayai di Sungai Petani, Kedah.

Menerusi perkongsian yang tular di laman aplikasi TikTok, video berdurasi 45 saat itu menunjukkan lelaki yang dalam keadaan marah sedang mengacukan pisau ke arah pekerja kedai kopi tersebut.

Kejadian itu berlaku apabila lelaki tersebut didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja kedai kopi itu yang tidak menghiraukannya ketika menunggu untuk membuat pesanan, sebaliknya terus ke meja lain.

Semasa pertelingkahan berlaku, mujur seorang lelaki warga India yang sedang menjamu selera bangun dan terus merampas pisau dari lelaki tersebut sekali gus meleraikan pergaduhan yang berlaku.

Susulan perkongsian itu, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai di ruangan komen yang memuji tindakan lelaki warga India yang berani mengatasi situasi cemas itu.

WhatsApp Image 2022-05-31 at 1.00.13 PM

Komen orang ramai di TikTok mengenai kejadian tersebut. TikTok

"Saya sangat 'respect' dengan awak kawan, sangat tenang dan tolonglah tunjukkan wajah lelaki itu, netizen-netizen semua nak tahu siapa hero yang meleraikan pergaduhan itu," kata @Kalsom_rabit.

"Mujur 'brother' India itu ada dekat situ, lepas itu dia tenang je tak ada nak lari, terima kasih sebab dah leraikan pergaduhan itu," tulis @Ngsiewkong.

"Kaum saya selalu ada masalah panas baran ini, Uncle itu ingat dia Rambo, tolonglah jaga kelakuan anda, ini bukan macam zaman dulu-dulu dah tak puas hati semua nak gaduh," ujar @Abbeylow49.

"Tahniah Bro, awak telah bantu mengelakkan konflik pergaduhan yang boleh bertukar menjadi kes pembunuhan yang sia-sia sahaj," jelas @Farmaz Murtad.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 135,800 tontonan dan 3,032 tanda suka di TikTok.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu dan Majoriti kini cuba mendapatkan maklumat lanjut kes tersebut. — Majoriti