SEBUAH video tular di media sosial memaparkan kekecohan yang melibatkan orang awam dan seorang pengawal keselamatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang pada Ahad.
Menerusi video kiriman pengguna Tiktok, Zarul Idham itu, kelihatan beberapa lelaki bertelagah dengan pengawal keselamatan tersebut di perkarangan hospital berkenaan.
Video pergaduhan di perkarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Meskipun terdapat beberapa orang awam lain cuba membantu meleraikan pergaduhan itu namun mereka yang terlibat dalam insiden itu masih berdegil untuk bersurai.
Menjengah di ruangan komen video berdurasi 34 saat itu, seorang pengguna TikTok, Shanuna Al-yahya tampil menyatakan bahawa pengawal keselamatan berkenaan didakwa kembali mencetuskan provokasi meskipun kekecohan pada awalnya telah selesai.
Shanuna Al-yahya mendakwa bahawa ayahnya turut terlibat dalam kekecohan berkenaan.
"Sentuh orang tua pun mereka boleh pukul. Apatah lagi dengan orang tua sendiri kan? Sentuh orang tua kami, mereka memang silaplah. Abah kami bukan muda lagi.
"Sebelum kejadian ini dah selesai pun. Pengawal keselamatan lain pula yang buat hal dan masuk campur," katanya.
Namun punca sebenar masih belum dapat dijelaskan dan Majoriti kini cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung kejadian itu.
Dalam pada itu, video pergaduhan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah itu merupakan kejadian ketiga yang melibatkan kekecohan di kawasan perkarangan hospital.
Pada awal Februari kekecohan turut berlaku di perkarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak dan dua bulan kemudian insiden sama terjadi di Hospital Kuching, Sarawak.
Kedua-dua insiden terbabit melibatkan pergaduhan antara orang awam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram