Tangkap tokan dadah atau kes samun?


  • Tular
  • Jumaat, 27 Mei 2022

Suspek baharu sahaja berhenti di kawasan lampu isyarat dan terus dihalang oleh seorang lelaki menggunakan motosikal.

TULAR sebuah video di Facebook tentang kejadian seorang penunggang motosikal melarikan diri apabila cuba ditahan tiga orang lelaki dipercayai berlaku di Taman Maluri, Cheras pada Khamis.

Menerusi perkongsian video oleh Calvin Tan di laman sosial Facebook, kelihatan penunggang itu baru sahaja berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum dia dihalang oleh seorang lagi penunggang dari arah depan dan dua lagi lelaki dari arah belakang.

Berdasarkan video berdurasi 52 saat itu, sebaik sahaja dihalang, ketiga-tiga lelaki berkenaan cuba mencekup penunggang motosikal itu tetapi gagal apabila dia berjaya meloloskan diri dengan menaiki penghadang jalan, dan membahayakan diri melanggar lampu merah.

Orang ramai mendakwa kejadian tersebut melibatkan beberapa pihak polis dengan seorang 'tokan' dadah.

Susulan perkongsian itu, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai di ruangan komen yang berteka teki sama ada kejadian itu merupakan seorang penjenayah yang membawa dadah ataupun kes samun.

"Itu unit 42 ke? Setahu aku unit ini sahaja yang ambil kisah pasal budak motor sahaja, rasanya polis baju hitam itu dari bahagian jenayah," tulis Ghani Syazrina.

"Yang bawa motor itu kalau kena langgar dengan lori sampah sia-sia sahaja hidup. Baju oren itu nasib tak kena langgar dengan lori sampah," kata Izzat Farid.

Komen Lagi

Komen orang ramai di Facebook mengenai kejadian tersebut.

"Kes samun ke itu, kesian 'brother' sebelah terauma, cara macam ini selalu polis, setahu aku bahagian jenayah atau narkotik," jelas Mohamad Farez Lah.

"Aduhh kalau betul itu polis menjawablah dengan pegawai atasan, kerja tak bersih, boleh pula lolos lepas itu terakam dan viral, kalau bukan tokan dadah mungkin peragut yang terlepas itu," ujar Is NisMo.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 18,000 tontonan dan 488 tanda suka di Facebook.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu dan Majoriti kini cuba mendapatkan maklumat lanjut kes tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram