Serangan bom, tembakan gegarkan pekan Tak Bai, 3 polis Thailand cedera


  • Tular
  • Khamis, 26 Mei 2022

Enam individu tidak dikenali dipercayai telah mencampakkan bom dan melepaskan tembakan ke arah balai polis di Tak Bai. — Sinar Harian

GEMPAR di Pekan Tak Bai dalam Wilayah Narathiwat susulan beberapa siri letupan bom selain kedengaran kejadian berbalas tembakan pada malam Rabu.

Insiden itu turut tular di media sosial selepas beberapa video orang ramai berkumpul di sempadan negara dekat Pengkalan Kubor, Tumpat yang terletak seberang dengan Pekan Tak Bai.

Video tersebut turut dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Sha Abduh di grup Rantau Panjang Post.

Berdasarkan laporan media Thailand, Balai Polis Marin Tak Bai telah diserang oleh sekumpulan individu tidak dikenali.

“Enam penyerang telah mencampakkan bom dan melepaskan tembakan ke arah balai polis.

"Seramai tiga anggota keselamatan Thailand cedera," lapor media itu.

Tambahnya lagi, pertempuran antara kedua—dua pihak berlaku dan diikuti dengan tiga letupan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram