Tiada lesen, polis bongkar punca kemalangan pemandu buat pusingan U


  • Tular
  • Isnin, 23 Mei 2022

Tangkap layar tindakan pemandu van berusia 33 tahun itu yang membuat pusingan U sehingga menyebabkan kemalangan.

TINDAKAN pemandu sebuah van dikatakan membuat pusingan U mengakibatkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV), di Kilometer 59.7 Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi, Johor pada Ahad.

WhatsApp Image 2022-05-23 at 5.08.46 PM

Seorang lelaki warga asing tiada lesen membuat pusingan U sehingga mengakibatkan kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru. — Facebook

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamaro berkata, kemalangan kira-kira pukul 2.55 petang itu dipercayai berlaku setelah pemandu van merupakan seorang lelaki warga asing membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan.

Katanya, tindakan itu menyebabkan pemandu SUV dari arah Senai ke Desaru tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian di tengah sebelah kiri van terbabit.

"Pemandu van berusia 33 tahun itu yang selesai membuat kerja pemotongan rumput di kawasan tersebut telah membuat pusingan U kerana hendak bergerak ke Kilometer 60 Lebuhraya Senai-Desaru untuk meneruskan kerja pemotongan rumput.

"Akibat kemalangan itu, pemandu SUV iaitu seorang wanita berusia 29 tahun mengalami kecederaan bengkak di mulut dan lembam di tangan kiri dan kanan. Manakala penumpang iaitu anaknya berusia dua tahun mengalami kecederaan calar di pipi, dahi dan lembam mata di sebelah kiri.

"Pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

WhatsApp Image 2022-05-23 at 5.09.40 PM

Seorang wanita mengalami kecederaan bengkak di mulut dan lembam di tangan kiri dan kanan dan anaknya berusia dua tahun mengalami kecederaan ringan. — Facebook

Hussin berkata, pemandu van terbabit telah diambil keterangan dan siasatan dijalankan di bawah Peraturan 13 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59).

"Saman telah dikeluarkan ke atas pemandu van terbabit kerana tidak mempunyai lesen memandu," ujarnya.

Sebelum itu tular video berdurasi 32 saat memaparkan kenderaan dipandu wanita terbabit melanggar sebuah van yang membuat pusingan U di Lebuhraya Senai-Desaru.seorang wanita berusia 29 tahun mengalami kecederaan bengkak di mulut dan lembam di tangan kiri dan kanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram