Mat motor belasah warga emas di tengah jalan di Padang Jawa


  • Tular
  • Ahad, 22 Mei 2022

Seroang lelaki dipercayai warga emas dibelasah seorang pengunggang motosikal di Padang Jawa, Shah Alam.

VIDEO seorang lelaki dipercayai warga emas dibelasah seorang pengunggang motosikal tular di media sosial pada Ahad.

Dikongsi menerusi akaun Facebook, Mohd Faizal Wahid, video berdurasi 22 saat itu memaparkan seorang lelaki dibelasah di sebelah kereta Honda City berwarna hitam di sebuah persimpangan.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada perselisihan faham akibat kemalangan.

Menerusi status yang dikongsi, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Padang Jawa, Shah Alam, Selangor.

"Kejadian berlaku di Padang Jawa.

"Kamu orang luar kalau berlaku kemalangan macam mana pun jangan belasah orang tua, ini sudah tentu orang Padang Jawa," katanya.

Setakat ini masih belum ada sebarang perkembangan berhubung kejadian berkenaan.

Majoriti kini cuba mendapatkan maklum balas pihak polis berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram