Lapan tetamu majlis kahwin maut, pemandu SUV terlelap rempuh trak


  • Benua
  • Ahad, 22 Mei 2022

Keadaan SUV berkenaan selepas terbabit dalam kemalangan itu.

KEJADIAN malang menimpa sebuah keluarga apabila lapan orang terbunuh pada Ahad dalam kemalangan jalan raya selepas sebuah kereta SUV merempuh sebuah trak di Uttar Pradesh, India.

Kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Kebangsaan 28 di daerah Siddharthnagar UP apabila SUV yang membawa 11 penumpang bertembung dengan trak yang diletakkan di atas jalan.

Menurut laporan terkini, ketika kejadian berkenaan SUV itu dikatakan baru pulang dari majlis perkahwinan.

Insiden itu meragut lapan nyawa, manakala tiga lagi cedera parah dan telah dirujuk ke hospital berdekatan di Gorakhpur.

Jelasnya, kemalangan itu berlaku selepas pemandu SUV itu terlelap seketika dan kemudian merempuh trak berkenaan.

Penduduk dikawasan itu segera memaklumkan kepada polis selepas menyaksikan kemalangan dan turut membantu dalam operasi menyelamat untuk mendapatkan mangsa yang cedera.

Rentetan kebimbangan mengenai perkara ini, Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath telah merakamkan ucapan takziah di atas kehilangan nyawa dalam kemalangan itu dan juga telah memberi arahan untuk memberi rawatan kepada mereka yang cedera dalam kemalangan itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Narendra Modi sambil mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang berduka dan beliau mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih.

Tambahan lagi, Perdana Menteri juga telah mengumumkan pampasan sebanyak RM11,280 setiap seorang daripada PMNRF untuk waris mereka yang kehilangan nyawa dalam kemalangan itu, manakala mangsa cedera akan diberi RM 2,820 setiap satu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram