Pegawai kanan polis maut akibat serangan jantung di Menara KPJ


  • 112
  • Rabu, 18 Mei 2022

Punca kematian pegawai terbabit disyaki akibat serangan jantung.

SEORANG pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) meninggal dunia di pejabatnya di Menara KPJ di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pegawai lelaki berusia 42 tahun yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam.

"Siasatan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.

"Punca kematian pegawai terbabit disyaki akibat serangan jantung," katanya kepada Sinar Harian, pada Khamis.

Beliau berkata, jenazah pegawai terbabit dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram