Silap bendera Malaysia-Singapura, CNA minta maaf


  • Primer
  • Khamis, 12 Mei 2022

Tangkap layar permohonan maaf CNA di Facebook.

CHANNEL News Asia (CNA) telah memohon maaf kerana tersalah mengibarkan bendera negara semasa ranking Sukan SEA dalam pungutan pingat pada pagi Khamis (12 Mei).

Dalam catatan Facebook pada Khamis (12 Mei), agensi berita itu berkata, nama negara yang menyertai Sukan SEA dan bendera negara masing-masing adalah tidak sepadan.

“Kami membuat kesilapan dalam jadual pungutan pingat Sukan SEA yang disiarkan di Asia First di CNA sekitar pukul 7.50 pagi tadi. Ralat itu disiarkan selama kira-kira 25 saat.

“Kesilapan ini telah diperbetulkan untuk kemas kini Sukan SEA berikutnya semasa Asia First, yang termasuk permohonan maaf di udara.

“Kami amat menyesali perkara ini. Ia tidak mencapai standard profesional yang kami harapkan daripada diri kami sendiri dan kami memohon maaf kepada penonton,” kata CNA.

CNA juga berjanji akan berusaha untuk melakukan yang lebih baik.

Jalur Gemilang digunakan untuk mewakili Singapura manakala bendera Vietnam muncul di sebelah Malaysia dalam jadual ralat berkenaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram