Pemandu cemas, tiba-tiba budak kecil melintas jalan sendirian, mujur tak melayang nyawa


  • Tular
  • Sabtu, 07 Mei 2022

Tangkap layar rakaman kanak-kanak berbaju merah itu melintas tanpa pengawasan ibu bapa.

PADA musim perayaan seperti Aidilfitri ini seharusnya ibu bapa ataupun penjaga perlu diingatkan supaya lebih berhati-hati untuk memantau pergerakan anak-anak terutamanya ketika di jalan raya.

Tular di laman media sosial apabila aksi bahaya seorang kanak-kanak perempuan melintas jalan secara melulu sehingga hampir dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Menerusi rakaman kamera papan kemuka (dashcam) kenderaan tersebut, kanak-kanak perempuan berbaju merah itu kelihatan melintas tanpa pengawasan ibu bapa mahupun orang dewasa.

Rakaman kanak-kanak itu melintas secara melulu.

Kejadian yang didakwa berlaku pada Selasa itu menunjukkan pemandu kereta berkenaan terus bertindak memberhentikan kenderaan sebaik melihat kanak-kanak perempuan itu melintas secara melulu.

"Dalam perjalanan beraya...tiba-tiba ada budak berlari tengah jalan. Allahuakabar....minta ibubapa hati-hati kalau nak beraya. Takut ada anak terlepas dekat tengah jalan raya..nasib saya dengan abang nampak...yang depan tu abang saya...Allahu..rezeki umur panjang lagi," ujar hantaran dari RisHi AkaSuki itu.

"Perghhhh... Bahayanya. tidak alert sungguh ahli keluarga budak ini, nasib baik perasan kalau tidak mau jadi kes pula," komen pemilik akaun, Hafiz Senior.

Meninjau ke ruangan komen video yang dikongsikan oleh penguna Facebook itu, rata-rata orang ramai menasihati ibu bapa supaya tidak lalai dan lebih mengawasi anak mereka bagi mengelak bahaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram