TIDAK puas hati ibunya ditengking juruwang menjadi punca pergaduhan di sebuah kedai mamak di Bahau, Jempol, Negeri Sembilan pada Khamis.
Dalam perkongsian di Twitter yang dipercayai milik mangsa, pemilik akaun Shahrul Nizam, menceritakan tentang kejadian tersebut di pihaknya.
Menurutnya, kejadian bermula apabila ibunya tidak berpuas hati dengan harga makanan untuk menu yang dipesan olehnya.
"Jumlah makanan kesemuanya RM50 dan mak saya bertanya harga nasi goreng yang diorder, juruwang beritahu RM6. Mak saya tidak puas hati kenapa harganya mahal, juruwang itu memberi diskaun kira-kira RM45 untuk tiga nasi goreng kosong, dua maggie goreng yang tiada isi dan nasi lemak kosong.
"Tetapi mak saya beritahu kepada juruwang tersebut jumlah yang perlu dibayar masih mahal dan dia tidak menyukai kedai tersebut, saya ketika itu masih di depan kaunter mahu membayar harga makanan tetapi juruwang itu jerkah mak saya," katanya yang tiba di kedai berkenaan kira-kira 12.30 tengah malam.
Tambahnya lagi, berang dengan tindakan juruwang itu dia bertindak memakinya dan mengambil kotak tisu dan menghempasnya di atas meja kaunter.
Katanya lagi, keadaan menjadi lebih teruk apabila berlaku pergaduhan dan Shahrul mendakwa dia diserang oleh pekerja kedai mamak berkenaan.
"Kemudian saya dan juruwang itu bergaduh mulut sebelum datang salah seorang lelaki menolak saya, selepas itu menjadi kecoh apabila lima hingga enam orang memegang tangan dan badan saya.
"Saya dipegang oleh beberapa orang dan ditumbuk oleh pekerjanya," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram