SEORANG penunggang motosikal dipercayai maut dalam kemalangan di Paya Terubong, Pulau Pinang pada pukul 7 pagi Selasa.
Rakaman kemalangan maut itu tular di laman sosial selepas dikongsikan laman Facebook DashCam Owners Malaysia.
Menerusi rakaman itu, motosikal tersebut dilihat 'memakan' jalan semasa mengambil selekoh hingga terbabas ke arah bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan.
Pelanggaran itu mengakibatkan penunggang tersebut terpelanting dan menghentam cermin depan kereta terbabit hingga retak.
Rakaman tular kejadian kemalangan di Paya Terubong. — Facebook
"Rider meninggal di tempat kejadian," kata status di hantaran video tersebut.
Rakaman itu juga menunjukkan tarikh dan masa kejadian pada 3 Mei 2022, pada pukul 8.27 pagi.
Menjengah ruang komen, ada netizen mendakwa, rider tersebut dikatakan mungkin sudah meninggal dunia sebelum kemalangan.
"Rasanya rider dah tak ada sebelum kemalangan," kata Keith Mat Aris.
Tangkap layar komen netizen berhubung kejadian kemalangan itu. — Facebook
Komennya turut dipersetujui pengguna Facebook menggunakan nama Korok Kering.
"Aku rasa macam tu, macam dah tiada sebelum kemalangan...nampak macam dia dah tak kawal motor," dakwanya.
Khairil Azwan mendakwa, "waktu pagi kemungkinan mangsa microsleep."
Sementara itu, Majoriti sedang mendapatkan respons daripada pihak polis berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram