Aidilfitri 12 negeri dijangka 'terima kunjungan' ribut petir


  • Primer
  • Isnin, 02 Mei 2022

Terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. — Gambar Hiasan

BEBERAPA kawasan di 12 negeri diramal akan menerima ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 5 petang Isnin.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala beberapa kawasan di negeri Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

“Di Kelantan melibatkan kawasan Jeli manakala di Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin.

“Bagi Negeri Sembilan antara kawasan yang terjejas di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. ” katanya pada Isnin.

Tambahnya, beralih ke Melaka hanya di kawasan Jasin sementara di Johor hujan lebat di kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram