Nak percuma, keluar plaza tol sebelum 12 tengah malam ini


  • Primer
  • Ahad, 01 Mei 2022

LLM turut menyarankan orang ramai supaya keluar terlebih dahulu di plaza tol berhampiran sekiranya menghampiri tempoh tamat mendapatkan tol percuma.

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) mengingatkan orang ramai yang mahu mendapatkan inisiatif tol percuma supaya bergerak keluar dari plaza tol keluar lebuh raya sebelum jam 11.59 malam Ahad.

Menerusi ciapan di Twitternya, LLM pada Ahad turut menyarankan orang ramai supaya keluar terlebih dahulu di plaza tol berhampiran sekiranya mendapati sudah menghampiri tempoh tamat mendapatkan tol percuma itu.

“Ingat, plaza tol keluar, sentuh kad Touch N Go, Smart Tag atau lorong RFID sebelum jam 11.59 malam ini, bukan di plaza tol masuk,” menurut ciapan tersebut.

Bersempena sambutan Aidilfitri, tol percuma diberikan kepada pengguna untuk tempoh empat hari bermula pada jam 12 tengah malam 30 April 2022 (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei 2022 (Ahad) dan pada jam 12 tengah malam 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam 8 Mei 2022 (Ahad). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram