Kematian anak pelakon Delimawati di Saujana Putra tiada unsur jenayah


  • 112
  • Ahad, 01 Mei 2022

Allahyarham ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di kawasan tepi lombong Bandar Saujana Putra, Jenjarom pada Jumaat. Gambar kecil: Zulfazli — Sinar Harian

POLIS mendapati tiada unsur jenayah dalam kes melibatkan anak kepada pelakon Delimawati Ismail yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tepi lombong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat, Selangor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, siasatan awal dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.

"Tiada sebarang unsur jenayah melibatkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tepi lombong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom pada Jumaat.

Mangsa Zulfazli Jaafar, 45, yang merupakan anak kepada pelakon Delimawati Ismail sebelum itu ditemukan oleh orang awam dalam sebuah kereta di lokasi kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram