KES ragut di stesen minyak makin menjadi-jadi sehingga ada insiden yang menyebabkan kecederaan kepada orang awam.
Pelbagai taktik licik dilakukan sanggup dilakukan peragut, asalkan mereka dapat apa yang diinginkan.
Terbaharu seorang lelaki sanggup berlakon seolah-seolah ingin membantu namun sebaliknya melakukan jenayah ragut di sebuah stesen minyak.
Dalam kejadian yang dirakam kamera tertutup pada Khamis, mangsa sebelumnya ditegur oleh penunggang motosikal yang berada di stesen minyak Petronas berkenaan sebelum meragut rantai emas leher lelaki itu.
Rakaman aksi penunggang motosikal itu sebelum melakukan jenayah ragut.
Semakan CCTV mendapati, modus operandi yang dilakukan suspek adalah berlakon menjadi 'prihatin' dan memberitahu pemandu berkenaan seakan ada sesuatu di kenderaannya.
"Dia keluar dari kereta. Lepas itu penunggang itu beritahu macam ada sesuatu di kenderaannya," ujar lelaki yang menerangkan rakaman CCTV itu.
Susulan video tular itu, warganet menasihati sesama mereka untuk lebih berhati-hari dengan modus operandi yang penjenayah lakukan terutamanya apabila berkeseorangan di stesen minyak.
Rakaman yang berdurasi satu minit 28 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet di laman Twitter sejak dimuat naik pada Jumaat.
Pihak Majoriti belum dapat mengenal pasti lokasi sebenar stesen minyak berkenaan dan menunggu maklum balas pihak polis berhubung kes itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram