Warga emas terputus tangan ketika bersihkan mesin pemecah batu di Rompin


  • 112
  • Selasa, 26 Apr 2022

JBPM mengeluarkan tangan mangsa yang terputus daripada paras siku dan melekat pada mesin berkenaan

NASIB malang menimpa seorang pekerja apabila tangan kirinya terputus akibat tersepit pada mesin pemecah batu dalam kejadian dipercayai berlaku di tapak kuari di Keratong Timur, Rompin, Pahang, pada Selasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada 10.20 pagi, Selasa sebelum tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sejurus tiba, bomba mendapati tangan lelaki tempatan berusia 51 tahun itu telah terputus daripada paras siku dan melekat pada mesin ketika sedang membersihkan mesin berkenaan.

Katanya, mangsa telah dibawa ke hospital oleh majikannya sebelum pasukan bomba tiba di lokasi dan melakukan kerja-kerja mengeluarkan tangan yang terputus itu.

"Operasi mengeluarkan tangan tersebut dilakukan dengan melonggarkan belting mesin sebelum menyerahkan tangan mangsa kepada majikan untuk dihantar ke hospital,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, Pahang pada Selasa. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Pahang, bomba, kuari, putus, tangan, tersepit