Kontroversi video muzik raya, Aliff Syukri menghadap SKMM


  • Primer
  • Selasa, 26 Apr 2022

Aliff Syukri tiba pada jam 9.58 pagi di pekarangan Ibu Pejabat SKMM. — Sinar Harian

USAHAWAN terkemuka, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Cyberjaya pada Selasa bagi memberi keterangan berhubung video muzik Hari Raya Aidilfitri kontroversinya.

Beliau yang memakai kot kelabu dan seluar hitam tiba pada pukul 9.58 pagi dan sempat menyapa pemberita yang menunggu kehadirannya.

"Maaf ya, saya kena masuk ke dalam," katanya sambil berlalu menuju ke ruang lobi Ibu Pejabat SKMM.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, individu terlibat di dalam video muzik berkenaan sudah diberi notis untuk hadir ke SKMM.

Satu kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dibuka.

Sebelum ini, video muzik yang dikeluarkan sempena Hari raya Aidilfitri itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak berikutan memaparkan penari lelaki yang berperwatakan wanita. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram