KERAJAAN bersetuju untuk memberi tol percuma dan diskaun melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara, bermula Sabtu ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah diskaun dinikmati pengguna adalah sebanyak RM77.11 juta.
"Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara- Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)," katanya.
Menurutnya, pemberian tol percuma dan diskaun tersebut akan bermula pukul 12 tengah malam pada Sabtu dan sehingga pukul 11.59 malam pada keesokan harinya. — Majoriti
Menyusul...
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram