KABINET tiada bantahan terhadap penanaman hem dan ketum untuk tujuan perubatan, kata Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, ia adalah petunjuk bahawa Kabinet telah memberi 'lampu hijau' dan perkara itu adalah berita baik bagi mereka dalam bidang perubatan.