PENJAWAT awam gred 56 dan ke bawah menikmati durian runtuh apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut turut dinikmati oleh kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji iaitu pada 25 April ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram