SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri ini dijangka bakal menjadi paling meriah susulan tiada lagi sekatan perjalanan yang dilaksanakan seperti dua tahun sebelum ini bagi mengekang penularan Covid-19.
Malah, umat Islam di negara ini berpeluang menikmati cuti sehingga sembilan hari bagi meraikan sambutan tersebut.
Ia berikutan cuti umum Aidilfitri yang jatuh sejajar dengan cuti hujung minggu dan cuti umum Hari Pekerja.
Bagi golongan pekerja yang bekerja dari Isnin hingga Jumaat, mereka sudah boleh mula bercuti pada Sabtu iaitu 30 April.
Sementara 1 Mei iaitu pada Ahad pula adalah cuti umum Hari Pekerja, menyebabkan hari Isnin iaitu pada 2 Mei merupakan cuti ganti bagi hari cuti umum tersebut.
Cuti umum Hari Raya Aidilfitri pula jatuh pada 3 dan 4 Mei iaitu hari Selasa dan Rabu, sekali gus menjadikan jumlah cuti ketika itu sudah menjangkau lima hari.
Sekiranya pekerja terbabit mengambil cuti pada Khamis dan Jumaat, maka mereka boleh menyambut cuti hari raya sehingga sembilan hari termasuk pada Sabtu serta Ahad. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram