Lori bawa kontena jatuh 12 meter di Klang


  • Tular
  • Selasa, 05 Apr 2022

TANGKAP Layar rakaman keadaan lori tersebut.

DETIK cemas dihadapi seorang pemandu apabila lori yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan kontena yang dibawahnya jatuh kira-kira 12 meter ke tanah sehingga merempuh kenderaan di jalan.

Kejadian tersebut mengakibatkan seorang mangsa yang berada di bawah mengalami kecederaan.

Selain itu, menerusi video tular, keadaan pemandu lori tersebut difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

RAKAMAN video yang memaparkan keadaan lori tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku di Jalan Pelabuhan Klang, Selangor pada Selasa.

“Kontena tersebut dari sebuah lori di atas jambatan lalu jatuh dan menimpa dua lori lain yang memandu di bawahnya. Kejadian itu menyebabkan seorang daripada dua pemandu lori itu terperangkap dan cedera.

"Anggota bomba menyelamatkan lelaki berusia 49 tahun itu yang kemudiannya dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan," kata jurucakap itu.

Kotena yang jatuh itu mengandungi kotak dan barang kitar semula.

Namun sehingga kini, masih tidak jelas bagaimana kontena tersebut jatuh dari lori yang membawanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram