Tiga maut, 10 cedera dalam kemalangan lebih 50 kenderaan


  • Benua
  • Selasa, 29 Mac 2022

KIRA-KIRA 50 kenderaan termasuk beberapa lori dan treler terlibat dalam nahas. — Agensi

SEKURANG-KURANGNYA tiga maut dan lebih 10 cedera dalam kemalangan melibatkan lebih 50 kenderaan sehingga memaksa penutupan sebahagian sempadan negeri di timur Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, menurut koroner daerah, Dr David J.Moylan, kerja-kerja menyelamat masih belum selesai kerana ada kenderaan yang terbakar dan jumlah kematian sebenar mungkin meningkat.

Nahas yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada ribut salji yang mengaburkan penglihatan.

Kira-kira 50 kenderaan termasuk beberapa lori dan treler terlibat dalam nahas.

Kakitangan kecemasan dari empat daerah berbeza bergegas ke lokasi kejadian dan sehingga kini telah membawa kira-kira 20 pesakit ke hospital terdekat untuk rawatan.

Rakaman yang tular di media sosial pada Isnin menunjukkan nahas berlaku apabila sebuah treler berada di luar kawalan merempuh sebuah lori sampah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram