Kecoh tangan lelaki merayap ke saf perempuan, siap selak langsir!


  • Tular
  • Selasa, 05 Apr 2022

TANGKAP layar rakaman menunjukkan lelaki tersebut memasukkan tangannya ke saf perempuan. — Tiktok Zuhaila Zainal

UMUM mengetahui Ramadan adalah bulan yang penuh dengan kemuliaan dan sebagai umat Islam adalah dituntut untuk membuat ibadat seperti berpuasa, menjaga adab, solat Tarawih serta banyak lagi amalan yang boleh diamalkan dalam bulan ini.

Namun berbeza pula dengan video tular di media sosial ini yang memaparkan sikap tidak beradab di bulan Ramadan yang mana seorang lelaki didakwa cuba mengintai ke bahagian saf perempuan.

Menerusi video tersebut yang tidak diketahui lokasi kejadian, lelaki itu pada mulanya cuba memasukkan tangannya ke saf wanita dan bergerak sikit demi sedikit, seolah-olah dia mencari sesuatu.



RAKAMAN perbuatan lelaki itu yang didakwa cuba 'merayap' ke saf perempuan.

Difahamkan, lelaki itu kemudiaannya mencuba menyelak langsir saf perempuan dan perkara itu membuatkan perasaan jemaah wanita di surau itu tidak selesa.

Perkongsian video itu mendapat kecaman dari warganet khususnya perempuan dan menyifatkan lelaki itu tidak menghormati wanita dan bulan Ramadan.

"Gila pergi masjid pun dah tidak selamat," kata pengguna Twitter, Indah.

"Mula-mula aku ingat pakcik ini tidak sengaja, yalah kadang-kadang tidak perasan termasuk di tepi langsir. Tapi kalau macam ini punya gaya siap menjalar-jalar nak capai. Memang nak meminta pakcik ni," kata Aizat Agus.

pengahdang kayu

PENGHADANG kayu boleh dipasang di surau atau masjid sebagai langkah mencegah perkara sebegitu terjadi.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadang bagi mengelak perkara sebegini terjadi, pihak masjid boleh melakukan beberapa inisiatif seperti meletakkan jemaah wanita di bahagian belakang dan jemaah lelaki di hadapan ataupun mewujudkan penghadang kayu.

"Sepatutnya jemaah perempuan bahagan belakang, lelaki depan," komen, Suffi.

"Masjid kalau AJK betul-betul berfungsi mereka tidak belanja duit tabung buat pintu gerbang atau kipas helikopter sebelum mereka buat benda ini dulu untuk keselesaan dan keselamatan jemaah Muslimah. Dah 2022 masih pakai langsir lekeh betul," cadang Katjang Goering.

Sehingga kini, perlaku belum dikenal pasti samada lelaki dewasa mahupun kanak-kanak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram