12,380 kes baharu Covid-19 dicatat pada Ahad


  • Primer
  • Isnin, 04 Apr 2022

NEGARA mencatatkan penurunan sebanyak 2,312 kes Covid-19 baharu pada Sabtu.

MALAYSIA mencatatkan 12,380 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menurun berbanding 14,692 kes yang dicatatkan pada Sabtu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 4,246,467 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Ahad adalah sebanyak 20,635 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 4,018,421 kes.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Ahad, Noor Hisham berkata, 11,918 kes adalah jangkitan tempatan manakala 462 merupakan kes import.

"Daripada kesemua kes harian yang dilaporkan pada Ahad, 7,559 kes adalah kategori 1, manakala 4,736 kes merupakan kategori 2.

"32 kes pula adalah kategori 3, manakala 20 kes merupakan kategori 4 dan 33 kes adalah kategori 5,” katanya.

Tambah beliau, setakat 3 April 2022, seramai 253 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 157 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, tiada kluster baharu dikenal pasti pada Ahad, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 181. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram