Berniaga tanpa khemah tepi jalan di Sungai Petani, anak demam terpaksa ikut sama


  • Tular
  • Sabtu, 02 Apr 2022

LOKASI peniaga tersebut dipercayai berada di jalan antara Masjid Taman Ria menghala ke Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah. — Facebook

SEKEPING gambar memaparkan seorang bapa yang berniaga hanya beralaskan kanvas di tepi jalan bersama anak-anaknya di Sungai Petani, Kedah, dilihat menyentuh hati warganet.

Rata-rata mereka turut bersimpati apabila salah seorang anak peniaga itu percayai sedang demam dan duduk bersama bapanya tanpa sebarang khemah di tepi jalan.

Dikongsi di Facebook, Info Sungai Petani, lokasi peniaga tersebut dipercayai berada di jalan antara Masjid Taman Ria menghala ke Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

"Boleh tak tolong pak cik ni? Kalau dari Masjid Taman Ria jalan menghala ke Taman Ria Jaya, pak cik ni meniaga sebelah kanan sebelum kedai bunga mak cik india.

"Pak cik ini meniaga tiada khemah pun. Boleh sebarkan supaya pak cik ini dikurniakan rezeki. Kasihan anak-anak pak cik ini, demam pun terpaksa ikut. Harap sudi membantu," tulisnya di status berkenaan.

Perkongsian itu mendapat sambutan netizen yang mana ada di antaranya memberitahu bahawa dia mengenali peniaga itu yang dipercayai berasal dari Baling, Kedah.

Pekara itu dikongsi pemilik akaun Jas Zie yang turut mengatakan pernah membeli sayur dengan peniaga berkenaan.

"Kenal pak cik ni dulu-dulu bila balik berniaga kadang-kadang rajin singgah kedai makan mak dan sekarang bila balik Baling nampak dia berniaga di pasar pagi.

"Selalu akak beli la sayur dia jual, dia bukan orang Sungai Petani rasanya, dia orang kawasan Baling," katanya.

peniaga 1

Selain itu, pemilik akaun Raissa Shahidan pula menawarkan peniaga itu untuk meniaga di premisnya sepanjang bulan Ramadan memandangkan perniagaannya tidak beroperasi pada sebelah pagi.

"Kedai saya bulan puasa ini saya tidak berniaga waktu pagi, boleh datang duduk di kedai saya.

"Tapi kedai saya dalam taman, takut tidak laris, tetapi rezeki ini urusan ALLAH... boleh sahaja kalau nak datang duduk di kedai saya, percuma sahaja bulan puasa ini," ujarnya.

peniaga 2

Rara-rata warganet yang lain pula meninggalkan komen supaya urusan peniaga itu dipermudahkan dan berharap ada insan yang prihatin datang memberi bantuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram