LELAKI yang didakwa hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer, Bentong, Pahang pada Ahad lepas, ditemukan lemas pada Rabu.
Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor dijumpai pada 10 pagi tadi.
"Mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan di Kuantan pada Rabu.
Haneef antara dua yang didakwa hilang semasa beriadah di kawasan itu bersama sekumpulan rakan.
Mayat seorang lagi mangsa Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur bagaimanapun dapat ditemukan pada pukul 8.16 malam pada hari kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram