Pasukan perubatan melakukan keajaiban ketika merawat saya — Tun Dr Mahathir


  • Primer
  • Selasa, 29 Mac 2022

MAHATHIR memberitahu bahawa beliau belum sembuh 100 peratus. — The Star

PASUKAN doktor dan pegawai yang terlibat dalam merawat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sakit baru-baru ini diraikan pada majlis penghargaan pada Isnin (28 Mac 2022).

Dr Mahathir turut meluangkan masa menyampaikan sijil penghargaan kepada mereka pada majlis yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya itu.

“Saya tidak tahu bagaimana saya boleh berterima kasih kepada anda semua... doktor pakar, doktor, pembantu mereka dari Institut Jantung Negara (IJN) dan hospital lain yang merawat saya semasa saya sakit.

“Saya benar-benar merasa sudah sampai hayat saya tetapi saya tidak tahu bagaimana doktor berjaya membantu saya mendapatkan semula kesihatan saya, bagi saya ia adalah satu keajaiban.

“Saya tidak sangka dapat meneruskan hidup, saya jangka yang saya akan mati kerana sudah tua dan saya juga menghidap penyakit serius,” katanya dalam ucapan yang disampaikannya di hadapan kumpulan itu dan kemudian dimuat naik ke akaun YouTubenya.

Dr Mahathir berkata, walaupun beliau belum sembuh 100 peratus, beliau bersyukur dan gembira untuk meneruskan apa sahaja kerja kecil yang tertinggal.

Pada Januari, Dr Mahathir menjalani prosedur perubatan elektif. Dia telah dibenarkan keluar dari IJM pada 4 Februari 2022.

Sebelum itu, beliau telah menjalani pemeriksaan penuh pada 16 Disember 2021. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram