MB Kedah, Mukhriz berbahas isu ikan puyu


  • Primer
  • Selasa, 22 Mac 2022

AKTIVITI memancing ikan puyu sudah menjadi sebahagian daripada tradisi rakyat Kedah. — Facebook

BARU-BARU ini, sidang Dewan Undangan Negeri Kedah menjadi tumpuan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan aktiviti mengail ikan puyu sebagai indikator kemiskinan di Kedah.

Menurut Mukhriz, rakyat sekarang mengail ikan puyu di tali air bukan untuk dijual, tetapi untuk dimakan.

"Keadaan rakyat kini sangat mencemaskan. Apa kerajaan negeri lakukan untuk selamatkan rakyat sendiri sebelum membuat pengumuman mengenai pelaburan bernilai puluhan bilion ringgit," katanya.

Bangun menjawab soalan itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap bahawa aktiviti mengail ikan sudah dilakukan sejak dia kecil lagi.

Jelasnya, rakyat boleh pergi beli ikan di pasar tetapi mereka pergi mengail juga ikan sebab hobi.

"Ikan puyu juga tidak ada dijual di pasar, jadi hendak makan kena mengail di parit. Jadi ia bukan indikator kemiskinan rayat, sebaliknya aktiviti orang kampung. Saya juga masih memukat ikan, bukan sebab tak ada duit beli ikan, tetapi sebab saya minat.

"Jitra (Mukhriz) mungkn tak pernah mengail ikan sebab beranak dalam kebun emas, bukan macam kami, beranak dalam kebun getah dan jelapang padi sebab itu kami mengail," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram