MySejahtera dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai pemegang kepentingan utama.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan juga memegang sepenuhnya semua data yang dikumpul oleh aplikasi itu.
"Kerahsiaan data terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan tiada kompromi dalam aspek ini," kata Khairy dalam akaun Twitter miliknya pada Ahad.
Khairy berkata demikian selepas muncul dakwaan yang mengatakan bahawa aplikasi MySejahtera akan dijual kepada sebuah syarikat swasta sekaligus menimbulkan kebimbangan ramai.
majoriti netizen menyatakan jika maklumat peribadi dan log aktiviti harian mereka boleh didedahkan atau disalahgunakan.
MySejahtera dicipta oleh KPISoft sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat. Sejak itu, ia telah menjadi aplikasi penting dalam sistem kesihatan negara.
Pada November 2021, kabinet dilaporkan bersetuju untuk menjual aplikasi itu kepada syarikat swasta melalui rundingan terus.
Pada Disember 2021, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan agar kerajaan mengambil alih aplikasi itu.
Pegawai Kementerian Kesihatan dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan PAC dan menegaskan MySJ tidak mempunyai kaitan dengan KPISoft, yang telah menukar namanya kepada Entomo.
Bagaimanapun, dalam catatan Facebook pada Ahad, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan bahawa kedua-dua syarikat itu tidak mempunyai hubung kait mesti disiasat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram