Muak dengan maaf Kak Long 7E, ramai anggap lakonan semata-mata


KAK Long 7E membuat permohonan maaf bersama seorang wanita dan lelaki dipercayai pempengaruh media sosial baru-baru ini.

VIDEO ‘Kak Long 7E’ sekali lagi menjadi tumpuan tetapi kali ini menerusi satu video bahawa dia meminta maaf agar orang ramai tidak memboikotnya lagi.

Bagaimanapun, kali ini ramai pengguna media sosial seolah tidak hairan dengan video berkenaan, malah 'muak' dengan permohonan maaf wanita itu.

Berkongsi di Twitter, seorang pemilik akaun, Zatemah Paujin Retno Chuer Septian Aziz menulis dalam status bahawa apa yang berlaku pada Kak Long 7E ada akibat daripada 'viral bodoh' yang dilakukan oleh dirinya.

komen kak long

"Kamu yang viralkan diri dengan cara bodoh.

Padan muka, muhasabah diri lah," katanya.

Zatemah turut berkongsi video permohonaan maaf Kak Long 7E bersama seorang lelaki dipercayai pempengaruh media sosial (social media influencer) yang diambil dari akaun TikTok @sagittarius_women.

Ramai yang senada dengan Zatemah dan turut menyertakan video-video viral' Kak Long 7E sebelum ini.

Pemilik akaun, @teha_jay menulis di ruangan komen menyatakan permohonan maaf Kak Long 7E hanya lakonan semata-mata.

"Nampak setitik sahaja air mata, macam selalu dalam drama, meleleh setitik sahaja.

"Itu pun letak eye mo sebelum itu," katanya.

komen kak long 1

Selain itu seorang lagi pemilik akaun, shae pula menyifatkan Kak Long sebagai hipokrit kerana sudah berulang kali memohon maaf dan mengulang kesalahan sama.

"Ye lah tu dari hati yang ikhlas, haritu dah mintak maaf pada kakitangan 7E, buat hal lagi, hipokrit.

"Minta maaf selepas itu buat lagi, perkataan maaf itu dah jadi murah pada mulut anda, menyampah tengok perempuan macam ni," ujarnya.

komen kak long 2

komen kak long 3

Sementara itu, @4ngelspice mendakwa Kak Long 7E mungkin mempunyai masalah kesihatan mental kerana mempunyai perubahan emosi yang drastik.

"Saya rasa dia ada masalah kesihatan mental tetapi tidak tahu dari jenis yang mana.

"Sekejap menangis sekejap meradang, nerulang-ulang, tolonglah pergi rujuk pakar psikatri daripada berulang buat drama macam ni, mengundang sakit hati orang sahaja tiap hari," komennya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram