Kedah antara tiga kelab yang sesuai rekrut anak Fandi Ahmad


  • Podium
  • Ahad, 27 Mac 2022

KDA FC merupakan antara tiga kelab tempatan yang dikatakan sesuai merekrut Ikhsan Fandi. — Agensi

NAMA pemain Singapura, Ikhsan Fandi tiba-tiba menjadi sebutan peminat bola sepak Malaysia selepas pemain itu mempamerkan prestasi cemerlang pada aksi persahabatan menentang Malaysia pada Sabtu.

Ramai yang memuji aksi lincah anak kepada bekas pemain Singapura, Fandi Ahmad itu di atas padang sehingga ada yang mencadangkan pemain itu dipinang oleh kelab tempatan.

Perkara itu turut dikongsi peminat bola sepak, Nur Zahra di grup INFOMASI BOLA SEPAK TERKINI yang mencadangkan supaya beberapa kelab tempatan termasuk Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk merekrut penyerang berdarah Indonesia itu.

"Tiada kelab Malaysia yang mampu rekrut Ikhsan Fandi ke?

"Jenis penyerang seperti Ikhsan sangat sesuai untuk pasukan yang bermain bertahan dan long ball. Target man pun sesuai.

"Sri Pahang, KL City, KDA FC sedang memerhati," tulisnya.

ikhsan fandi

Terdahulu, Ikhsan meledak gol dalam kedua-dua separuh masa untuk menghadiahkan kekalahan pertama buat pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon.

Cadangan merekut Ikhsan mendapat pelbagai reaksi pengguna Facebook yang turut mencadangkan beberapa nama kelab lain.

Pemilik akaun Joey Azizul menulis di ruangan komen mencadangkan kelab Sri Pahang sepatutnya mengambil Ikhsan.

"Sri Pahang patut ambil dia (Ikhsan) dan bukannya rekrut Billy Ketkeophomphone yang tiada impak," katanya.

ikhsan 2

Meskipun sebahagian peminat bola setuju kelab tempatan mengambil Ikhsan, ada juga yang mengatakan sebaliknya dan mengatakan bahawa kemungkinan Ikhsan sendiri yang tidak mahu menyertai kelab bola sepak di Malaysia apabila cukup popular dengan isu gaji tertunggak.

Ikhsan atau nama penuhnya, Ikhsan Fandi Ahmad merupakan pemain BG Pathum United dan juga pasukan kebangsaan Singapura sebagai penyerang.

Dua lagi adik-beradik Ikhsan Fandi, Irfan Fandi kini bermain untuk BG Pathum United sementara Ilhan Fandi beraksi bersama Garena Young Lions. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram