Kes bertengkar sesama jiran selesai secara baik — Polis


  • 112
  • Sabtu, 26 Mac 2022

TANGKAP layar pergaduhan antara seorang lelaki dan warga emas yang tular di media sosial.

PIHAK polis menerima laporan berkenaan insiden pertengkaran antara seorang lelaki dan warga emas yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya mengesan klip video berdurasi satu minit 27 saat memaparkan kejadian berkenaan selepas ia tular di media sosial pada Khamis.

Katanya, insiden yang berlaku di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Selangor itu adalah disebabkan lelaki itu berang kerana anaknya ditegur oleh warga emas tersebut.

"Polis telah menerima laporan dari kedua belah pihak dan mereka telah dipanggil serta dirakam keterangan.

"Kejadian berpunca daripada pihak pertama yang menegur anak pihak kedua kerana bermain bola di padang berhampiran rumahnya sehingga mengenainya bumbung rumahnya dan mengakibatkan sedikit kerosakan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun, menurut beliau, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan baik.

Tambahnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (TTL).

Majoriti pada Sabtu melaporkan satu insiden pertengkaran antara seorang lelaki dipercayai polis bantuan dan seorang warga emas yang tular di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tular, PDRM, Jiran, Kanak-Kanak, Gaduh, bola, bumbung rumah